Available courses

Antara ulamak yang menulis mengenai perjalanan hidup Nabi S.A.W dalam konteks memahami perjuangan Baginda yang disebut sebagai Fiqh Sirah ialah Sheikh Muhammad al-Ghazali (Fiqh as-Sirah), Sheikh Munir Ghadban (Fiqh as-Sirah Nabawiyah), Maulana Abu Hassan Ali an-Nadwi (Sirah Nabawiyah), Sheikh Mustafa as-Sibaie (as-Sirah an-Nabawiyah: Durus wa Ibar), Sheikh Shafiyurahman al-Mubarakfuri (ar-Rahiq al-Makhtum), Sheikh Said Ramadhan al-Buti (Fiqh as-Sirah) dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menuliskan tiga jilid buku yang diberi tajuk ‘Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyah’ yang bermaksud memahami pergerakan Islam dari perjalanan hidup Nabi S.A.W. Buku tiga jilid ini sangat berbeza dengan buku-buku sirah yang biasa kerana ia menghuraikan dari sudut kefahaman terhadap pergerakan Islam yang mesti dihadami oleh setiap umat Islam yang mencintai Nabi S.A.W. Ia bukan sekadar kisah hidup semata-mata.
Kehebatan Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam mengemukakan kefahaman dan penghayatan ini ke umat Islam hari ini sangat berkait rapat dengan pengaruh gurunya, Sheikh Said Hawwa, seorang pendakwah dan tokoh gerakan Islam yang menjadi murabbi beliau di Madinah. Sheikh Said Hawwa yang berasal dari Syria telah bermukim di Madinah pada dekad 1960-an dan 1970-an kerana perjuangan beliau menegakkan agama yang diajarkan oleh Baginda S.A.W.
- Teacher: Admin TID2023

Fiqh Al Harakah jilid 2
- Teacher: Admin TID2023

FIQH Al Harakah dari Sirah Nabawiyyah jilid 3.
- Teacher: Admin TID2023

Aplikasi E-learning Taman Ilmu Digital adalah merupakan salah satu kaedah pembelajaran interaktif dengan mengaplikasikan teknologi maklumat atas talian bagi menyampaikan ilmu agama khasnya berkaitan dengan pengajian kuliah tafsir At-Tibyan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) didalam bentuk yang pelbagai seperti teks e-book, infografik, video berdurasi 5-20minit, animasi dan maya .
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) telah lama melibatkan diri dalam gerak kerja dakwah. Beliau telah mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan kaedah dalam menjayakan dakwah beliau.Kuliah tafsir At-Tibyan menjadi platform untuk TGHH berdakwah sejurus kembali dari luar negara pada tahun 1976. Kelas pengajian tafsir itu merupakan cara atau pendekatan TGHH dalam berdakwah. Ilmu dalam pentafsiran ayat al- Quran yang dipelajari oleh beliau, dikongsikan dan disampaikan kepada masyarakat agar masyarakat tahu dan dapat memahami kandungan ayat al-Quran sekaligus, menjadikan al-Quran itu sebagai panduan hidup.
Penggunaan E-learning Taman Ilmu Digital ini menjadikan mesej dakwah itu lebih menarik dan kreatif kerana ianya boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan ini sekaligus, boleh menarik minat lebih ramai masyarakat dalam dakwah terutamanya golongan muda dan remaja.
- Teacher: System Administrator

Aplikasi E-learning Taman Ilmu Digital adalah merupakan salah satu kaedah pembelajaran interaktif dengan mengaplikasikan teknologi maklumat atas talian bagi menyampaikan ilmu agama khasnya berkaitan dengan pengajian kuliah tafsir At-Tibyan : Surah Al Baqarah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) didalam bentuk yang pelbagai seperti teks e-book, infografik, video berdurasi 5-20minit, animasi dan maya .
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) telah lama melibatkan diri dalam gerak kerja dakwah. Beliau telah mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan kaedah dalam menjayakan dakwah beliau.Kuliah tafsir At-Tibyan menjadi platform untuk TGHH berdakwah sejurus kembali dari luar negara pada tahun 1976. Kelas pengajian tafsir itu merupakan cara atau pendekatan TGHH dalam berdakwah. Ilmu dalam pentafsiran ayat al- Quran yang dipelajari oleh beliau, dikongsikan dan disampaikan kepada masyarakat agar masyarakat tahu dan dapat memahami kandungan ayat al-Quran sekaligus, menjadikan al-Quran itu sebagai panduan hidup.
Penggunaan E-learning Taman Ilmu Digital ini menjadikan mesej dakwah itu lebih menarik dan kreatif kerana ianya boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan ini sekaligus, boleh menarik minat lebih ramai masyarakat dalam dakwah terutamanya golongan muda dan remaja.
- Teacher: Admin TID2023

E-learning Taman Ilmu Digital ini membawakan pengajian kitab Penawar Bagi Hati yang disyarahkan oleh TG Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Kitab Penawar bagi hati ini adalah sebuah kitab tasawuf yang menjadi rujukan sepanjang zaman. Kitab ini terkenal dalam kalangan pengajar dan pelajar yang mengikuti pengajian di masjid-masjid ataupun pondok.Di dalamnya membincangkan aspek fizikal dan rohani setiap insan, merangkumi tujuh anggota fizikal yang berperanan dalam melakukan ibadah kebaikan mahupun keburukan.Anggota itu adalah mata, telinga, lidah, perut, faraj, kedua-dua tangan dan kaki. Kemudian, diikuti dengan kriteria 10 sifat mazmumah dan 10 sifat mahmudah yang semuanya berpangkalan dan berpusat pada hati.
- Teacher: System Administrator
- Teacher: Azlina Ahmad
- Teacher: Admin ammar
- Teacher: Admin nikmahadi
- Teacher: Admin norzita
- Teacher: Admin tengkuputri
- Teacher: Admin TID2023
Ceramah Perdana oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 22 Januari 2017. Ceramah berkenaan sabar dalam taat.
- Teacher: System Administrator
Skip course categories

